Sukan Hari Ini

Melaka, Perak, Terengganu pamer belang

PASUKAN pilihan yang bertanding dalam kejohanan hoki Piala Razak edisi 54 kali ini menepati ramalan apabila berjaya menumbangkan lawan masing-masing dalam perlawanan pertama dan kedua peringkat kumpulan.

Penyandang juara, Melaka menundukkan Pahang 3-1, Perak menewaskan Negeri sembilan 5-2 dan Terengganu menewaskan Kuala Lumpur 3-2.

Keputusan tersebut menyaksikan Melaka, Perak dan Terengganu berpeluang mara ke peringkat separuh akhir jika menang satu lagi perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Sementara itu dalam satu lagi aksi pendatang baharu dalam Divisyen Satu, PDRM mengecewakan Johor 3-2.

Kapten skuad kebangsaan yang mewakili PDRM, Razie Rahim menjadi wira PDRM setelah pasukan itu ketinggalan dengan dua gol dan bangkit menerusi gol Baljit Singh Sarjab pada minit ke-39 dan dua gol dari Razie pada minit ke-40 dan 41.

Dalam perlawanan lain, Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2 dan Perlis bangkit daripada ketinggalan untuk menang 7-3 ke atas Selangor.

Jurulatih Perlis, Badrisham Che Yob berpuas hati dengan semangat juang dipamerkan pemainnya yang tidak berputus asa untuk bangkit menewaskan Selangor.

“Saya bagi tahu pemain saya sebelum perlawanan untuk memberikan apa yang termampu kerana ini adalah perlawanan penting.

“Perlawanan akan datang menentang Kedah adalah perlawanan wajib menang untuk ke peringkat separuh akhir.

“Pemain kami yang juga bekas pemain kebangsaan, Tengku Ahmad dan pemain muda kebangsaan Najmi Farizal menjadi watak penting untuk kemenangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, saingan ke separuh akhir bagi kategori wanita pula dilihat terbuka dalam Kumpulan A apabila kesemua pasukan mencatat keputusan seri.

Manakala dalam Kumpulan B, Kuala Lumpur mudah menjinakkan Sabah 5-0 dan Terengganu menundukkan Negeri Sembilan 10-0 sementara dalam Kumpulan C, Pulau Pinang menewaskan Kedah 4-2 dan Melaka menumbangkan Perak 1-0.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");