Membawang Hari Ini

Meleret efek ala ratu

Mengenakan busana berekor meleret selalunya akan memberi kelebihan kepada si pemakai apabila melalui acara karpet merah.

Ini kerana gaya mereka akan lebih menyerlah kerana lebihan fabrik memberi kesan seakan si pemakai berjalan di atas awan.

Pastinya inspirasi ini timbul daripada pakaian perkahwinan diraja terutama terhadap layah yang dikenakan.

Ada pelbagai cara dan gaya ditampilkan dalam memberi efek meleret ini dalam busana yang digayakan seorang selebriti.

Walaupun potongan busana pelakon Nabila Huda nampak sederhana, tambahan fabrik bagi memberikan efek meleret apatah lagi wujud belahan hingga pangkal peha bagi memudahkan pergerakan, pelakon berbakat itu mampu mencuri tumpuan.

Gaun warna lembut fabrik sifon potongan lebihan fabrik meleret dengan bahagian atas disaluti renda Perancis membuatkan pelakon Sabrina Ali kelihatan ayu.

Merah menyala dengan gaun meleret belahan pangkal lutut dan lengan kembang ala Saloma membuatkan pelakon Zara Zya nampak berbeza berbanding penampilannya di acara karpet merah sebelum ini.

Fabrik hitam meliputi sebahagian busana digayakan Fara Fauzana membuatkan pengacara dan bekas penyampai radio itu nampak langsing. Perincian di bahagian kanan pinggang menambahkan seri penampilan.

Tampil berbeza apabila pereka menghasilkan jubah kimono dengan ekor meleret siap bersulam bagi menambah gaya pada penampilan ringkas pelakon muda Zahirah Macwilson.

Fabrik warna emas dipakai Izara Aisyah, walaupun ringkas nampak mewah. Ternyata lebihan fabrik pada ekor gaun dipakai membuat gayanya memukau.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");