Membawang Hari Ini

Menjelang final Gempak Superstar, Sherry Ibrahim kurangkan bercakap

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan persembahan mantap pada pentas akhir program realiti, Gempak Superstar (GS) di Iskandar Puteri, Johor, Ahad ini, aktres Sherry Ibrahim sanggup mengehadkan percakapan.

Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, 33, berkata, dia akur dengan petua tenaga pengajar supaya menjaga suara agar tidak berdepan masalah vokal.

Malah, akuinya, dia mengurangkan pengambilan makanan pedas dan panas bagi memastikan vokal tidak terjejas.

“Tenaga pengajar menasihatkan saya agar kurang bercakap dan hanya menggunakan suara apabila perlu. Sekarang suara saya sudah sedikit serak kerana berlatih menyanyi.

“Saya akan membawa dua lagu bernada tinggi iaitu Tiada Logika nyanyian Agnes Monica dan Janji Manismu yang dipopularkan Aishah pada pentas akhir,” katanya berkongsi debaran dengan BH Online. Sherry berkata, dia juga menitik beratkan aspek lakonan bagi memastikan persembahannya memukau.

“Saya perlu bijak mengawal emosi ketika menjayakan babak lakonan. Saya perlu pastikan vokal dikawal ketika menyanyi.

“Namun, kadang kala kita hanya merancang. Segala-galanya hanya dapat ditentukan pada malam akhir kelak,” katanya.

Selain Sherry, pentas akhir GS turut membariskan selebriti lain seperti Siti Elizad, Nazim Othman, Sofi Jikan dan Arja Lee.

Peserta program mendapat bimbingan Penasihat Vokal dan Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS serta Datin Marlia Musa dan Pat Ibrahim yang bertindak sebagai Penasihat Drama.

Hanafi Rosdi pula bertanggungjawab sebagai Penasihat Koreografi.

GS yang dikendalikan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Scha Al Yahya disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123) pada jam 9 malam Ahad ini.

Program itu disiarkan dari Studio Pinewood Iskandar Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/153211

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");