Sukan Hari Ini

Misi tebus kecewa 2013

Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Safiq Rahim berharap dapat menebus kekecewaan tiga tahun lalu dengan merangkul Piala FA di Stadium Shah Alam esok.

Pemain perancang tengah itu turut beraksi ketika skuad Harimau Selatan tumpas di tangan Kelantan 0-1 di pentas final 2013.

Kini skuad kendalian Mario Gomez sekali lagi tampil di final buat kali kedua namun halangan terakhir kali ini adalah PKNS.

“Saya harap kami dapat tebus kekalahan sebelum ini dan Piala AFC (2015) yang kita menangi sebelum ini akan menjadi pemangkin semangat untuk beraksi lebih baik,” kata Safiq ketika ditemui pada sesi latihan terakhir sebelum berangkat ke Shah Alam semalam.

Di pentas antarabangsa, pemain berusia 28 tahun sudah menempa nama dengan menjuarai Piala AFF 2010 bersama skuad kebangsaan serta Piala AFC tahun lalu.

Bagaimanapun selain Liga Super dan Piala Malaysia, trofi Piala FA antara kejuaraan domestik yang belum dimenangi pasukan dari selatan tanah air.

Melihat kepada status pasukan kali ini, ramai yang berpendapat Johor DT memiliki peluang lebih baik berbanding lawan dari kelab Liga Perdana namun Safiq tidak mahu mereka terlalu yakin.

“Kami bukan terlampau yakin, cuma percaya dengan barisan pemain yang ada. Kami tak boleh memandang rendah PKNS, kalau tak bagus mereka tak akan sampai ke final.

“Memang harapan kami untuk bawa balik piala dan saya harap boleh galas tugas dengan baik,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");