Sukan Hari Ini

Myanmar pentas atur strategi

AKSI persahabatan menentang Myanmar di tempat lawan 27 Mei ini, adalah platform terbaik mengukur persiapan Harimau Malaysia sebelum berdepan Timor Leste pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2019, awal bulan depan.

Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan perlawanan menentang Myanmar penting dalam membentuk skuad yang mantap sebelum berdepan Timor Leste.

“Perlawanan dengan Myanmar satu ujian untuk kita atur strategi terbaik sebelum menentang Timor Leste nanti,” katanya ketika ditemui pemberita pada hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, semalam.

Malaysia dan Timor Leste akan berentap pada perlawanan kalah mati itu pada 2 dan 7 Jun ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemain sayap Selangor, R Gopinathan dan pertahanan Pahang, Matthew Davies, masing-masing mengalami kecederaan kaki dan belakang sebaik melaporkan diri, namun keadaan mereka tidak serius.

“Saya akan menilai laporan daripada doktor pasukan berhubung kecederaan kedua-dua pemain sehingga esok.

“Sekiranya mereka belum pulih, saya akan buat pertukaran dengan melihat pemain daripada senarai menunggu atau pemain bukan senarai menunggu bagi gantikan mereka,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");