Berita Hari Ini

Najib terima kunjungan anggota MPR

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat 14 anggota Majlis Pemusyawaratan Rakyat Indonesia (MPR) di bangunan Parlimen, semalam. Delegasi yang diketuai Ketua MPR Dr Zulkifli Hasan antara lain bagi mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Pertemuan 45 minit itu juga menyentuh soal hubungan dua hala kedua-dua negara termasuk dari aspek ekonomi dan sosial.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Anggota MPR berkenaan sedang dalam rangka lawatan suai kenal ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam, yang dianjurkan Kementerian Luar Malaysia.

Mereka turut dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid serta mengadakan pertemuan dengan pengerusi Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia-Indonesia (YIRMI) Malaysia, Tan Sri Rais Yatim.

Indonesia ialah rakan dagang Malaysia yang ketujuh terbesar dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN.

Jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara tahun lalu mencecah RM60.16 bilion (USS15.25 bilion).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");