Sukan Hari Ini

Nicol mara separuh akhir Siri Dunia PSA

DUBAI: Pemain wanita paling berjaya dalam era profesional, Nicol David menghidupkan kembali peluang memenangi satu lagi gelaran utama apabila menewaskan juara remaja dunia, Nouran Gohar 11-7, 11-9 untuk mara ke pusingan separuh akhir final Siri Dunia PSA.

Juara dunia sebanyak lapan kali dari Malaysia itu sebelum ini menghadapi kesukaran mengadaptasi format permainan baru skuasy wanita apabila tin di gelanggang skuasy direndahkan dua inci sekali gus turut memberi impak kepada perubahan taktikal.

Dalam perlawanan malam tadi, David bangkit bertarung menentang lawan dari Mesir selepas mendahului 9-8 dalam set kedua dan memenangi permainan menerusi mata penalti.

“Format ini membuatkan anda perlu kekal fokus pada setiap saat,” kata David yang kini memenangi dua perlawanan dan tewas sekali untuk menduduki tempat kedua Kumpulan A.

“Ini bermakna anda perlu melakukan segala-galanya untuk mendapat mata,” katanya.

“Nouran adalah pemain yang bersemangat dan sudah pasti salah seorang pemain yang meningkat di masa depan dan saya gembira dapat menang.”

David akan mencatat hatrik kejuaraan final Siri Dunia PSA jika berjaya memenangi final pada esok namun dia perlu berdepan dengan Raneem El Welily, bekas pemain nombor satu dunia dari Mesir pada lewat malam ini.

Welily menamatkan saingan Kumpulan B dengan cemerlang apabila memenangi ketiga-tiga perlawanan termasuk menewaskan rakan senegaranya, Omneya Abdel Kawy 15-13, 11-9, semalam. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");