Sukan Hari Ini

Noel Tillor juarai Marathon Antarabangsa Borneo

KOTA KINABALU: Pelari Filipina, Noel Tillor, mengungguli Marathon Antarabangsa Borneo (BIM), selepas menjuarai kategori 42 kilometer terbuka lelaki, di sini, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekecewaan beliau yang terlepas peluang menjuarai kejohanan itu pada dua edisi lalu iaitu pada 2014 dan 2015.

“Ini penyertaan kali ketiga saya dalam BIM, tahun ini saya kembali untuk membalas dendam dan akhirnya saya mendapat kejuaraan,” katanya ketika ditemui.

Tillor, 31, yang juga seorang mekanik kenderaan di Filipina kurang bernasib baik pada 2014 apabila hanya muncul naib juara di belakang pelari Kenya, John Waithaka Njiha.

Kekecewaannya itu kemudian berterusan pada tahun berikutnya selepas terpaksa menghentikan lariannya, kira-kira tiga kilometer ke garisan penamat akibat kecederaan, walaupun mendahului hampir keseluruhan perlumbaan.

Seramai 8,500 pelari mengambil bahagian pada BIM kali ini, termasuk 1,000 peserta dari luar negara. Marathon Antarabangsa Borneo (BIM).-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");