Panasnya Hari Ini

Nurul Izzah Harap Tiada Persaingan Tiga Penjuru Di Dua PRK

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berharap tiada persaingan tiga penjuru melibatkan dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Ujarnya, ia adalah langkah untuk mencapai kata sepakat antara pembangkang dalam menyaingi Barisan Nasional.

“Perbincangan mengenai dua kerusi masih berjalan, tidak akan ada kompromi terhadap komitmen yang telah dicapai dalam Pakatan Harapan,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sendiri telah mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara itu.

Malah jelasnya semua pihak sebelum tampil dengan kenyataan rasmi berhubung calon yang akan diletakkan di kedua-dua kawasan tersebut.

Mengulas mengenai kenyataan bahawa kedua-dua kerusi itu secara tradisinya dimiliki parti PAS, beliau berkata menghargai pendirian PAS dalam mengeluarkan perintah larangan sementara menanti tamatnya perbincangan rasmi mengenai pilihan raya kecil.

Terdahulu, PAS mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin dan ahli-ahlinya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pemilihan calon sebaliknya ia akan dikeluarkan menerusi Jawatankuasa Pusat parti.

“Kami tidak mahu ada persaingan untuk kerusi kerana apabila ada perlawanan tiga penjuru, maka kerusi itu jatuh ke tangan Barisan Nasional,” katanya merujuk kepada senario pilihan raya di Sarawak.

“Saya rasa ini juga pendirian yang akan diambil dalam mesyuarat PH nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");