Sukan Hari Ini

Optimis raih satu pingat

Kuala Lumpur: Ratu terjun negara Pandelela Rinong kini dilihat semakin yakin untuk mengharungi cabaran di pentas Olimpik Rio yang berbaki kira-kira dua bulan.

Olahragawati Kebangsaan 2015 itu melaungkan keazaman untuk menghadiahkan sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Pada edisi 2012 di London, Pandelela muncul atlet wanita pertama menyumbang pingat untuk negara apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform individu.

“Saya tidak menetapkan acara mana yang mampu dicapai namun akan berusaha sepenuhnya untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat,” katanya yang menjalani latihan pusat di China sejak bulan lalu.

Pandelela dijadualkan bertanding dalam dua acara – 10 meter platform individu dan seirama berpasangan dengan Cheong Jun Hoong.

“Tiada sebarang pertandingan sekarang dengan fokus penuh terhadap persiapan ke Olimpik. Semoga semuanya berjalan lancar,” tambahnya.

Atlet dari Sarawak berusia 23 tahun itu sejak awal sememangnya antara sandaran utama Malaysia untuk meraih pingat selain Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Azizulhasni Awang (berbasikal trek).

Pandelela dinobatkan Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) kelmarin buat kali ketiga selepas 2011 dan 2013 selain turut memenangi Anugerah TM Detik Gemilang susulan kejayaannya di Olimpik London.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");