Perak Hari Ini

Orang Asli Perlu Lebih Peka Rujuk Masalah Pada Agensi Bersesuaian

IPOH: Masyarakat Orang Asli disaran untuk lebih peka dalam mendapatkan maklumat daripada badan atau agensi bersesuaian sebagai rujukan berhubung permasalahan yang dihadapi mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air,Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Kerajan negeri menerusi pelbagai agensi sentiasa menyediakan kemudahan untuk menyelesaikan banyak isu rakyat termasuklah yang melibatkan masyarakat Orang Asli.

“Menerusi pengetahuan dan sikap lebih peka ia mampu memberi pendedahan kepada Tok Batin supaya merujuk permasalahan yang dihadapi dalam sesuatu kawasan untuk diselesaikan oleh pihak yang sepatutnya.

“Isu tanah boleh merujuk di pejabat Tanah, urusan kesihatan di jabatan tertentu malah mereka perlu mengetahui untuk tindakan,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan  Program Hati ke Hati Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Perak 2016 di sini hari ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu,Datuk Dr Mah Hang Soon dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Tambahnya lagi, masyarakat Orang Asli perlu lebih peka dan tidak semata-mata bergantung kepada satu sumber sahaja.

“Pada peringkat kerajaan negeri kita sentiasa memberi perhatian termasuklah pemberian bajet khas khusus buat masyarakat Orang Asli.

“Bajet bagi kali ini juga telah ditambah bagi pendidikan anak-anak Orang Asli kerana pendidikan yang boleh mengubah masa depan individu serta keluarga,” katanya lanjut.

Terdahulu seramai 180 Tok Batin menghadiri program tersebut yang bertempat di Hotel Syuen Ipoh.

Program tersebut jelasnya mampu memberi pendedahan bagi melahirkan pemimpin yang berktrampilan dan juga dapat memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik.

“Program ini adalah usaha mewujudkan kerjasama dan pemahaman tentang dasar-dasar kerajaan serta usaha kerajaan negeri dan para jabatan kerajaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");