Isu Panas

Otai Reformis desak Amanah wakili PH di dua PRK

SELAYANG – NGO Otai Reformis 1998 mendesak Pakatan Harapan memberi peluang kepada Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili pakatan itu untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurut jurucakap NGO tersebut, Shaiful Ariffin berkata, asasnya mereka mendapati bahawa kewujudan Amanah adalah bukan sebagai penganti kepada Pas malah lebih baik daripada Pas.

“Saya anggap peluang dua kerusi Parlimen (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) harus diberi tanggungjawabnya kepada Amanah untuk membuktikan Amanah satu parti yang dominan.

“Parti Amanah yang mewakili suara demokrat muslim akan terus mara kehdapan, kami amat percaya tanggungjawab ini perlu diberi kepada Amanah dengan ketokohan pemimpin yang berwibawa dan punyai prinsip untuk kukuhkan Pakatan Harapan, jadi jangan sia-siakan Amanah,”katanya pada pemberita di Wisma Amanah hari ini.

Memorandum diserahkan kepada di Wisma Amanah Kuala Lumpur.

Untuk itu, ujarnya Otai Refomis 1998 akan membantu Amanah berkempen di dua PRK itu sekiranya Amanah diberi ruang dan peluang oleh Pakatan Harapan untuk bertanding di dua buah kerusi parlimen itu.

Sementara itu, menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika menerima memorandum itu berkata Amanah akan membawa ?suara Otai Reformis 1998 dalam mesyuarat Pakatan Harapan.

“Terima kasih atas pandangan dan cadangan itu, kami sangat menghargainya, segala cadangan itu akan dibincangkan bersama atas nama Pakatan Harapan.

“Kita akan kemukakan pandangan…Pakatan akan tentukan calon jadi hasrat kami akan ketengahkan bersama hujah kami untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya.

PRK akan diadakan di dua kawasan berkenaan selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN) dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon (BN) maut dalam insiden helikopter terhempas ketika dalam perjalanan ke Sarawak.

Pada Pilihanraya Umum 2013, Wan Muhammad telah mengalahkan calon Pas, Khalil Idham Lim dengan majoriti 1,082 undi manakala Noriah mengekalkan kerusi itu dengan majoriti tipis 399 terhadap calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");