Jenayah

Padah rasuah RM1,500

Shah Alam: Ahli perniagaan didenda RM10,000 dan penjara lima hari oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan merasuah seorang pegawai Imigresen dalam satu operasi di Semenyih, Khamis lalu.

Hakim Amran Jantan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, R Ravi, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM1,500 kepada Timbalan Penolong Pegawai Imigresen Mohd Haniff Farhan Sha’ri sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap dua pekerja warga Indonesia yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah di sebuah kilang di Sungai Lalang, Semenyih.

Berikutan itu, dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohammed Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam B R Puvarasam.

Amran memerintahkan penjara lima hari bermula tarikh tangkapan dan tambahan dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");