Perak Hari Ini

PAFA Masih Berbincang Dengan Weigang

IPOH : Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) masih mengadakan sesi perbincangan dengan jurulatih berpengalaman dari Jerman, Karl Heinz Weigang dalam usaha membantu skuad The Bos Gaurus.

Timbalan Presiden PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, semua pihak diminta bersabar dan menunggu pengumuman rasmi daripada Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

“PAFA sedang berbincang dengan Weigang berhubung kait dengan kemungkinan untuk beliau membantu PAFA khususnya pasukan Liga Super Negeri Perak tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Apa pun, tujuannya adalah untuk kita cuba memperbaiki pasukan Liga Super kita yang pada ketika ini prestasinya kurang baik dan untuk menghadapi separuh lagi liga dan saingan Piala Malaysia, maka jawatankuasa pasukan negeri merasakan perlu kita melihat kemungkinan-kemungkinan yang ada untuk membantu Perak,”katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, sejak minggu lalu viral di laman Facebook dalam kalangan penyokong Perak apabila sekeping gambar Weigang tersebar dan mewujudkan pelbagai persoalan.

Shahrul Zaman berkata, berkenaan tentang nasib jurulatih skuad The Bos Gaurus sedia ada, Syamsul Saad, beliau berkata perkara itu belum lagi dimuktamadkan.

“Semua itu masih belum dimuktamadkan dan sesi perbincangan antara PAFA dan Weigang masih berjalan.

“Tetapi saya yakin dan percaya, jawatankuasa pasukan negeri yang dipengerusikan oleh Presiden dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai penasihat PAFA, kita merasakan masing-masing mempunyai kekuatan sendiri.

“Dan jika ianya digemblengkan bersama, ianya akan membawa kebaikan kepada pasukan Perak. Kita akan lihat bagaimana kita dapat mengadun semua kekuatan yang ada untuk pasukan ini,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");