Berita Hari Ini

Pantai, muara Sungai Batang Lupar kawasan operasi carian

SIMUNJAN: Gerakan mencari helikopter dipercayai membawa beberapa kenamaan yang hilang sejak petang semalam dimulakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sebentar tadi, bertumpu di sekitar muara Sungai Batang Lupar.

Kira-kira 24 anggota daripada Balai Bomba Samarahan, Kuching dan Simunjan ditugaskan membuat operasi pencarian pesawat jenis Eurocopter AS350 Ecureuil yang masih gagal dikesan.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Kanan Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi, berkata pihaknya akan melakukan pencarian di sekitar kawasan pantai dan muara sungai Batang Lupar sehingga ke kawasan Linggi, dengan radius pencarian sepanjang 10 kilometer.

“Disebabkan kedudukan sebenar helikopter masih tidak kita peroleh, maka bomba akan melakukan pencarian di seluruh kawasan berpotensi ini,” katanya.

Beliau berkata, selain tiga bot disediakan, pasukan STORM dan penyelam bomba turut ditugaskan ke lokasi pencarian bagi melakukan carian di dalam air jika ada petunjuk sedemikian.

Terdahulu, pada jam 5 pagi tadi, bomba membuka pusat operasi di Jeti Feri Triso, Sebuyau bagi mencari helikopter terbabit.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");