Berita Hari Ini

Paras air Empangan Timah Tasoh terus merosot

KANGAR – Paras air di Empangan Timah Tasoh terus menyusut 0.04 meter kepada 26.10 meter semalam walaupun hujan lebat turun sejak beberapa hari lalu di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis Abdul Najib Abdullah berkata ini kerana taburan hujan yang diterima bukan di kawasan dalam empangan tetapi di sekitar luar empangan.

Abdul Najib berkata bacaan di empangan itu semalam ialah di paras 26.14 meter.

“Sehubungan itu, penduduk di kawasan utara Perlis perlu menjimatkan penggunaan air bagi memanjangkan hayat bekalan air di kawasan yang terjejas,”katanya ketika dihubungi semalam.

Sebanyak 13,000 pemilik akaun domestik terlibat dengan catuan bekalan air dan pengagihan bekalan air terawat di utara Perlis meliputi kawasan di Wang Kelian, Kaki Bukit, Titi Tinggi, Beseri dan Abi sejak 16 April lepas.

Sementara itu, pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Perlis Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi berkata suhu semasa di negeri ini setakat 2 petang tadi mencatatkan 33.5 darjah selsius.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");