Panasnya Hari Ini

PAS Akan Bertanding ‘Sendiri’ Di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR:Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan dalam usaha untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar daripada Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu tidak akan berhasil kerana Pakatan Harapan telah gagal untuk berkerjasama dalam pilihan raya negeri Sarawak, katanya.

“PAS tidak menjangkakan apa-apa daripada Pakatan Harapan. Kami akan bertanding sendiri untuk kedua-dua kerusi Parlimen.

“Kami telah bertanding di kerusi-kerusi itu sejak Merdeka dan kami mempunyai hak mutlak untuk bertanding di kedua-dua kerusi.

“Mana-mana parti daripada pihak pembangkang perlu mengukur kekuatan sendiri,” katanya memetik sumber MSTAR online.

Mengulas mengenai Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang menegaskan bahawa parti serpihan PAS itu akan bertanding di kedua-dua kerusi, Abdul Hadi bersetuju bahawa kemasukan mereka dalam kedua-dua PRK itu akan memecahkan undi pembangkang.

Bagaimanapun, tegasnya, PAS akan melakukan apa saja untuk merampas dua kerusi itu daripada BN dengan atau tanpa bantuan Pakatan Harapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");