Isu Panas

PAS pendekkan muktamar, tumpu 2 PRK

KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-62 dipendekkan dari empat kepada tiga hari, bermula 1 hingga 3 Jun ini bagi membolehkan parti itu memberi membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata mengikut perancangan awal, muktamar sepatutnya berlangsung pada 1 hingga 4 Jun.

“Oleh kerana tarikh penamaan calon dan hari pengundian kedua-dua PRK adalah seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka Pusat membuat sedikit perubahan pada tarikh Muktamar Tahunan ke-62.

“Amanat Presiden dan taklimat Setiausaha Agung untuk perwakilan akan berlangsung pada 1 Jun manakala perasmian Muktamar diadakan pagi esoknya.

“Sesi perbahasan disambung selepas ucaptama Presiden dan diteruskan sehingga 3 Jun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muktamar PAS ke-62 akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Takiyuddin berkata, tiada perubahan tarikh dilakukan bagi Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat iaitu pada 31 Mei hingga 1 Jun.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");