Panasnya Hari Ini

PAS Perlu Kaji Semula Keputusan Pemecatan- Husam Musa

KUALA LUMPUR:Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS wajar mengkaji semula keputusan pemecatannya kerana beliau masih belum menjawab surat tunjuk sebab yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib parti sebelum ini.

Husam juga masih mengakui dirinya masih lagi anggota PAS kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

Tambahnya lagi, beliau juga keliru dengan tindakan parti itu yang memecatnya tanpa memberikan sebarang alasan.

“Saya belum jawab surat tunjuk sebab (sebagaimana yang dipinta Jawatankuasa Tatatertib). (PAS) patut kaji semula sebab saya tak tahu kenapa saya dipecat.

“Kalau dibaca dalam kenyataan media tak dinyatakan sebab. Mungkin saja ada pihak nak ‘provoke’ saya.

“Mungkin saya tak ada apa-apa kesalahan dan parti politik kadang-kadang mungkin ambil tindakan kerana politik, bukan kerana kesalahan,” katanya memetik sumber MSTAR Online.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini juga dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Husam juga memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok kerana masih belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");