Panasnya Hari Ini

PAS Umum Calon 2 PRK Malam Ini

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa parti itu akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan PRK Kuala Kangsar, Perak, malam ini.

Ujarnya, empat calon yang disenaraikan sudah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama. PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya akan ke Kuala Lumpur petang ini bagi meneliti senarai nama sebelum diputuskan. Semua calon adalah anak jati dua kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Masjid Rusila di Marang, hari ini.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini, susulan kematian penyandang Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Abdul Hadi berkata, PAS yakin dengan kekuatan sendiri walaupun turut berdepan calon Pakatan Harapan (PH) selain Barisan Nasional (BN).

“PH ini orang yang khianat pada PAS. Kalau nak suruh orang PAS kerja untuk dia, kita tidak boleh terima. “Sudah berapa kali pilihan raya pun, jentera PAS yang bekerja keras. Ini dia senang-senang mahu kawasan (untuk bertanding).

“Kita yakin dengan kekuatan kita, malah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak membuktikan tidak semua orang Cina sokong DAP,” katanya memetik sumber Berita harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");