Perak Hari Ini

PAS Yakin Dr Najihatussalehah Mampu Jadi Calon Pilihan

KUALA KANGSAR : PAS yakin calonnya yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad mampu menjadi calon pilihan buat pengundi di kawasan tersebut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana Dr Najihatussalehah yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS dan seeorang doktor telah biasa mendekati masyarakat setempat.

“Bagi pihak parti, saya menyerahkan amanah ini kepada beliau kerana kita penuh yakin dengan kemampuan beliau untuk melaksanakan tanggungjawab sekiranya beliau diamanahkan oleh pengundi,”katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon yang diadakan di sini, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai pemilihan Dr Najihatussalehah yang bukan anak tempatan Kuala Kangsar, Tuan Ibrahim berkata perkara itu bukanlah satu isu utama.

“Tidak menjadi isu soal anak tempatan atau tidak. Dalam keadaan globalisasi, tak kisah calon dari mana pun, yang penting dia tinggal di sini.

“Tak guna jika calon tempatan tetapi tidak tinggal di sini. Rakyat nak jumpa pun susah,”ujarnya.

Mengenai tindakan PAS yang meletakkan calon wanita untuk bertanding di Kuala Kangsar, beliau berkata, rakyat di Parlimen tersebut juga sudah biasa berurusan dengan wakil rakyat wanita.

“Kita meletakkan calon ini adalah kerana kemampuannya. UMNO pun sebelum ini meletakkan (Datuk Seri) Rafidah Aziz juga pernah jadi Yang Berhormat di sini agak lama,”ujarnya.

Sementara itu, Dr Najihatussalehah berkata, mengenai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang turut berkemungkinan akan meletak calon di Parlimen tersebut, beliau menanggap ianya tidak akan memberi kesan kepada beliau.

“Saya tidak melihat AMANAH sebagai ancaman yang besar kepada PAS kerana mereka adalah parti yang baru sahaha ditubuhkan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");