Sukan Hari Ini

Pasangan James, Hussin jagoan veteran

Langkawi: Penyertaan 69 beregu pada Kejohanan Badminton Tahan Lasak anjuran Kelab Badminton Mahsuri Langkawi (KBML) di Dewan Ho Peng di sini, semalam dilihat menguji tahap fizikal pemain.

Kejohanan kali kelima itu yang berlangsung selama 16 jam dimenangi James Chan-Hussin Yusof bagi kategori veteran selepas menewaskan Loo You Sui-Joseph Foo 21-13, 21-10 pada perlawanan akhir disaksikan kira-kira 200 penonton.

Kategori wanita menyaksikan Zalina Mohd Zain-Zaiton Ismail menghadapi saingan sengit daripada Sofiah Aji-Khatijah Hashim hingga memaksa perlawanan berlangsung dalam set penentuan 21-16, 19-21, 21-11.

Manakala aksi konsisten pasangan Tan Kee Hong-Choo Chee Cheng ketika menundukkan Lee Chun Hou-Tan Kee Hern 21-16, 21-15 membolehkan mereka muncul juara kategori Bawah 19 Tahun.

Pengerusi KBML yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, kejohanan itu disertai beregu daripada kelab dan persatuan belia.

“Selain itu, kejohanan ini juga mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengahkan bertanding di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah pingat dan peralatan sukan kepada semua pemenang disempurnakan Nor Saidi.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");