Perak Hari Ini

Pelbagai Alasan Digunakan Untuk Mewajarkan Tindakan Mereka -DS Zambry

IPOH: “Masing-masing menggunakan alasan untuk mewajarkan tindakan mereka,” tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir .

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan oleh pemberita mengenai tindakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Zambry yang juga Menteri Besar berkata, baginya, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan bertindak menggunakan pelbagai alasan.

“Bagi saya, sesiapa pun yang membuat kenyataan-kenyataan sebegini, sama ada A ke B ke C ke, mereka akan menggunakan pelbagai alasan.

“Orang ini menggunakan alasan untuk memecahkan undi, orang lain pula kata dia buat kerana dia mungkin diperlukan, masing-masing menggunakan alasan untuk mewajarkan tindakan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan 24 UMNO Bahagian Negeri Perak dan Anak Yatim di sini, hari ini.

PERAKTODAY4

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya bagi PRK Kuala Kangsar berkata, tindakan untuk bertanding pada pilihanraya tersebut merupakan perkara biasa.

“Itu biasalah… inikan negara demokrasi, mana kita boleh halang kalau ada orang yang nak bertanding tidak kira siapa pun dia.

“Dia (Syed Rosli) kalau orang UMNO, dia tidak akan bertanding… Sebab orang UMNO tahu bahawa kepimpinan UMNO telah menamakan (calon PRK), itu sahaja,” katanya lagi.

Ujar Zambry lagi, sekiranya individu tersebut benar-benar ahli UMNO, beliau mesti mematuhi Perlembagaan dan peraturan parti.

“Saya tidak mahu mengulas berkenaan isu tersebut, saya tidak begitu mengenali beliau… Apa yang paling penting adalah kita tidak boleh menahan sesiapa untuk bertanding,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Syed Rosli mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau dilaporkan bertindak demikian kerana kecewa dengan keputusan BN yang menamakan Datin Mastura Yazid sebagai calon.

Tambah Syed Rosli lagi, kedua-dua calon daripada BN dan Pas bukan merupakan anak tempatan dan keadaan itu akan menyebabkan pihak berkenaan gagal untuk memahami kehendak serta keperluan rakyat di Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");