Perak Hari Ini

Pemandu Cedera, Lori Rempuh Treler

PANTAI REMIS: Seorang lelaki cedera akibat tersepit dalam kenderaannya dalam satu kemalangan yang berlaku di sini, pagi tadi.

Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah lori membawa muatan ikan dan sebuah treler.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berkata, pihak BBP Pantai Remis telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.59 pagi.

“Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati, berlaku kemalangan antara lori yang telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.

“Kemalangan tersebut juga telah mengakibatkan seorang mangsa yang memandu lori membawa muatan ikan tersepit dalam kenderaan yang dipandunya,” katanya.

Katanya lagi, anggota telah bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit itu.

Ujarnya, pihak bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” jelasnya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Kamaruddin Ahmad tamat pada jam 7 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");