Sukan Hari Ini

Pemangku Setiausaha Agung Fifa Dipecat

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memecat pemangku setiausaha agungnya, Markus Kattner berkuat kuasa serta merta susulan skandal rasuah yang telah membuatkan presidennya Sepp Blatter meletak jawatan pada Jun 2015.

“Markus Kattner ditamatkan jawatannya berkuat kuasa serta merta,” demikian kenyataan Fifa yang dikeluarkan, awal pagi Selasa.

Dalam kenyataan itu Fifa menyebut bahawa Kattner diberhentikan serta merta setelah siasatan dalaman mendapati sejumlah perlanggaran ‘tanggungjawab kepercayaan’.

Wartawan BBC, Richard Conway menjelaskan masalah itu dipercayai merujuk kepada pembayaran bonus yang diberikan kepada Kattner yang jumlahnya mencecah jutaan dolar.

Markus Kattner, 45, juga menjadi pengarah kewangan di Fifa.

Pemecatan ini adalah perkembangan terbaru berkaitan skandal rasuah di Fifa.

Pada Isnin sebelum diumumkan pemecatannya, Kattner yang berasal dari Jerman itu dilihat masih berada di markas Fifa.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");