Jenayah

Pemuda cedera ditembak

BUTTERWORTH – Seorang pekerja sebuah kedai permainan video nyaris maut setelah ditembak dalam kejadian di kawasan Perusahaan Teras Jaya, Mak Mandin, awal pagi semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 8.40 pagi itu, mangsa dipercayai ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta bersama dua lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun cedera di paha kiri.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan terhadap mangsa yang ketika itu berada di luar kedai permainan video berkenaan.

“Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Katanya, buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan.

“Siasatan awal di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru dan satu peluru hidup.

“Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");