Isu Panas

Pemuda Pas bimbang pembangkang berebut 2 Parlimen

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melahirkan kebimbangan parti-parti pembangkang lain tetap berdegil untuk merebut kerusi tradisi Pas di Parlimen, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin membangkitkan persoalan mengenai pilihan yang parti Islam itu ada jika parti pembangkang lain memilih jalan tersebut.

“Tidak lain dan tidak bukan, kita pasti akan menerobos halangan ini demi perjuangan Islam yang kita cintai.

“Kita mesti berjihad bersungguh-sungguh untuk meningkatkan jumlah kerusi dan gemaan vokal Pas di Dewan Rakyat. Kerusi ini sangat sinonim dengan Pas dan misi kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah ke-31, di sini, hari ini.

Sebelum ini, ekoran kematian penyandangnya, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal dijalankan serentak, bulan depan.

Pakatan Harapan masih belum memutuskan parti mana yang akan bertanding namun PKR dan Parti Amanah Negara menunjukkan minat terhadap dua kerusi tersebut.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan parti Islam itu akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut dan menutup pintu rundingan.

Dalam pada itu, Khairil Nizam sempat menyeru agar jenteranya sentiasa bersiap siaga untuk dimobilisasi ke medan dua PRK tersebut.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");