Jenayah

Pencuri dibelasah warga emas

KAMPUNG RAJA – Seorang pencuri di sini bukan sahaja gagal melarikan diri, malah cedera teruk dibelasah pemilik kedai yang dipecah masuk dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seberang Jertih, Khamis lalu.

Kejadian jam 11.15 pagi itu berlaku apabila anak pemilik kedai terserempak suspek yang mahu terjun dari dalam bilik tingkat atas kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum itu, anak perempuan pemilik kedai bersama bapanya baru pulang dari pasar tani di bandar Jertih lalu naik ke bilik tingkat atas kedai.

Menurutnya, dia ternampak seorang lelaki mahu terjun dari bilik itu lalu memberitahu bapanya yang berada di tingkat bawah.

“Pemilik kedai berusia 72 tahun itu kemudian pergi ke bahagian belakang kedai dan bertembung suspek.

“Warga emas itu juga mendakwa suspek memegang sebatang kayu dan cuba menyerangnya. Bagi mempertahankan diri dia melawan suspek menyebabkan suspek cedera di bahagian kepala dan kaki termasuk patah kaki,” katanya.

Mohd Zamri berkata, warga emas itu berjaya menangkap lelaki tersebut sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, barang seperti dapur memasak, dapur masakan chicken chop dan periuk ditemui di bahagian luar kedai dipercayai telah diangkut suspek.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 28 tahun beralamat di Kampung Seri Nering, Jertih ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek juga didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau iaitu tiga kes pecah rumah dan satu kes rogol,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");