Panasnya Hari Ini

Pengambilan Penjawat Awam Tetap Diteruskan

KUALA LUMPUR:Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menegaskan bahawa pengambilan baharu penjawat awam setiap tahun tidak akan terjejas berikutan ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh dalam tempoh beberapa tahun datang.

Ujarnya, antara 20,000 hingga 25,000 jawatan kosong dalam kerajaan perlu diisi setiap tahun berikutan persaraan penjawat awam, sekali gus mengekalkan jumlah 1.6 juta penjawat awam.

Tambahnya bagi tahun lalu, ekonomi Malaysia berkembang lima peratus, iaitu lebih daripada jangkaan.

“Malah, ekonomi kita dijangka mengalami pertumbuhan yang sama dan menjadi antara negara yang mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Justeru, ketiadaan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan bukan satu isu kerana setiap tahun akan ada pengambilan baharu penjawat awam.

“Bagi jawatan yang tidak perlu, kita akan tempatkan dalam bidang baharu yang kita usahakan kerana transformasi sentiasa berlaku dalam perkhidmatan awam.

“Contohnya, kita memerlukan lebih ramai kakitangan dalam ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia 2016 memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai ramalan seorang penganalisis ekonomi bahawa Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 2018 dikhuatiri menjejaskan banyak sektor penting negara serta pemberhentian pekerja.

foto:- berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");