Jenayah

Penganggur didakwa samun kakak sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan samun terhadap kakaknya.

Muhamad Taufiq Azman, 25, didakwa melakukan samun terhadap Norazizi Azman, 38, seorang kerani, dengan mengambil seutas gelang tangan emas, berhampiran lif Blok 53, Tingkat 8, Apartment Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini pada 5.30 petang, 28 April lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin dan Hakim Azman Mustapha menetapkan 19 Mei untuk sebutan semula kes. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");