Berita Hari Ini

Pengecualian sewa di MARA Digital berakhir

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak bercadang melanjutkan tempoh pengecualian bayaran sewa yang tamat hujung bulan ini untuk peniaga MARA Digital di ibu negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua peniaga dikehendaki membayar sewa bermula bulan depan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan jumlah sewa dikenakan tetapi hanya menyebut kadarnya kompetitif berbanding tempat lain.

“Kita beri diskaun ke atas sewa bulanan yang perlu dibayar dan ia memang paling rendah kerana biasanya sewa di Arked MARA memang begitu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai MARA Daerah Se-Malaysia 2016, hari ini.

Tinjauan BH di Pusat Teknologi Maklumat (IT) di Menara MARA, di sini mendapati peniaga sudah menerima notis daripada pihak pengurusan bangunan berhubung tempoh pengecualian sewa premis bakal berakhir.

Seorang peniaga berkata, mereka menerima notis berkenaan sejak dua bulan lalu. Difahamkan, sewa bulanan di premis itu adalah antara RM1,500 hingga RM2,500 seunit.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");