Perak Hari Ini

Pengundi Ingin Anak Jati Kuala Kangsar Jadi Calon

KUALA KANGSAR : Kebanyakkan penduduk di Parlimen Kuala Kangsar menginginkan agar anak jati daerah ini perlu menjadi calon pada hari penamaan calon pada 5 Jun ini.

Selain itu, penduduk juga mengharapkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar juga mestilah disenangi penduduk tempatan.

mohamad ghazali abdul rahman, 50

Mohamad Ghazali Abdul Rahman 50, berharap agar wakil rakyat yang bakal menerajui kawasan Parlimen berkenaan perlulah berjiwa rakyat dan anak jati dari daerah ini.

“Kalau seperti wakil rakyat dahulu adalah lebih baik, orang jati di sini yang cukup berbeza dengan yang lain suka membantu,” katanya.

Tambahnya lagi orang tempatan lebih memahami keperluan rakyat di kawasan tersebut dan boleh membantu dengan lebih mudah.

asmah saharan,50

Sementara itu bagi, Asmah Saharan, 50 meminta agar calon pemimpin yang bakal diumumkan pada hari penamaan calon perlu mewarisi sifat kepimpinan sepertimana bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad menerajui kawasan berkenaan.

“kalau boleh calon yang bakal diumumkan itu terdiri dalam kalangan penduduk tempatan supaya dia (calon wakil rakyat) sentiasa turun padang melawat kawasan dan bertemu rakyat tempatan.

“Sebolehnya, kami tidak mahu wakil rakyat yang hanya turun bertemu rakyat ketika berkempen dan pilihanraya sahaja,” katanya ketika ditemui.

annie chua,56

Sementara itu, Annie Chua, 56 yang merupakan generasi ketiga mewarisi perniagaan keluarga di kawasan Lembah Sayong di sini mengharapkan calon yang bakal diumumkan nanti seorang yang bertanggungjawab dan mampu meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham.

“Beliau (Allahyarham) membantu tidak pernah mengira kaum, malah mengambil berat mengenai permasalahan yang dialami masyarakat setempat termasuk masyarakat Cina.

apa nama

Manakala bagi R.Mogan, 65 turut berharap calon wakil rakyat tersebut mampu mewarisi sifat kepimpinan seperti bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang disifatkannya cukup mengambil berat kebajikan penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");