Panasnya Hari Ini

Penstrukturan Semula Kabinet Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baru akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ujar Najib menerusi blog beliau, penstrukturan semula barisan Kabinet itu adalah berikutan perletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan pemergian Timbalan kementerian itu, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lalu.

Uggah meletakkan jawatan beliau selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Saya menerima peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baru bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat,”ujarnya.

Najib berkata, Uggah telah berkhidmat dengan cemerlang dan banyak menyumbang kepada sektor komoditi dalam jawatan sebelum ini termasuklah penubuhan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit yang telah membantu dalam memastikan kestabilan harga sawit dan membangunkan industri hiliran.

Najib juga turut mengucapkan tahniah kepada dua lagi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Saya percaya mereka akan berkhidmat bersama-sama Tan Sri Adenan Satem dengan setulus hati dalam membawa Sarawak lebih maju dan berjaya,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");