Sukan Hari Ini

Perasaan Weng Feng bercampur baur

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng (gambar) mengakui merasai perasaan berbeza pada saingan Piala Thomas kali ini berbanding dua tahun lalu ketika membantu Malaysia muncul naib juara.

Jelas Wei Feng, meskipun masih terpilih berada dalam pasukan ketika prestasinya tidak menentu, dia berasakan peranannya pada saingan kali ini tidak sama seperti dua tahun lalu.

“Dua tahun lalu saya memang sah akan bermain kerana diletakkan selaku perseorangan kedua.

“Masa itu juga saya tidak berdepan sebarang tekanan dan atas faktor itu dapat beraksi baik setiap perlawanan.

“Sekarang ini untuk main perseorangan ketiga masih belum pasti. Jadi perasaan itu agak berbeza.

“Apapun, saya perlu terus melakukan persiapan rapi,” katanya.

Wei Feng juga enggan memberi jaminan mampu menyamai prestasi seperti dua tahun lalu pada saingan kali ini.

“Susah nak cakap sebab sekarang prestasi saya pada setiap kejohanan tidak bagus. Tahun lalu pun sama juga” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");