Panasnya Hari Ini

Persoal Tindakan Najib Luluskan Projek ‘Serta Merta’ – PAS

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan sesuatu projek dengan ‘serta-merta’ tanpa menyemak bajet dipersoalkan oleh PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan seolah-olah tidak berfikir panjang untuk meluluskan tiga projek di Kampung Long Lapit dan Telang Usan di Sarawak secara serta merta sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada penelitian dan semakan telah dibuat untuk meluluskan projek berkenaan.

“Memberi kelulusan memang mudah, seolah-olah tidak perlu fikir panjang. Apakah penelitian sudah dibuat? Apakah semakan bajet dilakukan?.

“Jika benar kewangan kerajaan sihat, mengapa perlu penjimatan sehingga RM240 juta melibatkan biasiswa pelajar cemerlang ke luar negara?,” soalnya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya lagi, banyak projek telah diluluskan dengan mudah dan serta merta setiap kali pilihan raya sehinggakan ada yang tertipu.

“Rakyat tertanya-tanya apakah Menteri Kewangan buat penelitian dan semakan bajet sebelum meluluskan?

“Jika Najib bersikap seperti rakyat, mengambil kira kos sebelum membuat pembelian, berhutang dan menandatangani sesuatu, isu 1MDB mungkin tidak wujud,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");