Berita Hari Ini

Pertumbuhan sederhana

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang sederhana bagi suku pertama 2016 iaitu sebanyak 4.2 peratus berikutan prestasi sederhana dalam sektor utama negara.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ekonomi negara bagi suku pertama ini dilihat menurun sedikit berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku keempat tahun lalu.

Katanya, pertumbuhan sederhana itu juga berikutan perbelanjaan berhati-hati sektor swasta dan kejutan luaran kepada ekonomi negara.

“Walaupun, pertumbuhan suku tahunan yang perlahan sejak suku ketiga 2009, negara berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 4.0 hingga 4.5 peratus tahun ini.

“Sektor swasta masih menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi iaitu sebanyak 69.2 peratus berbanding 22.4 peratus bagi sektor awam. Bagi asas suku tahunan, ekonomi berkembang sebanyak satu peratus,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi suku pertama 2016, di sini, semalam.

Beliau yang pertama kali mengumumkan prestasi ekonomi selepas menjawat jawatan Gabenor BNM berkata, pelaburan swasta menyederhana kepada 2.2 peratus pada suku pertama 2016 disebabkan perbelanjaan rendah bagi mesin dan peralatan.

Manakala penggunaan awam meningkat kepada 3.8 peratus semasa suku terbabit berikutan perbelanjaan tinggi bagi emolumen.

Sementara itu, beliau mengunjurkan pertumbuhan pada separuh kedua meningkat berikutan pengeluaran tinggi dalam sektor pembuatan daripada tambahan kapasiti dan pengeluaran komoditi yang lebih baik susulan kesan El Nino yang semakin mereda.

“Permintaan domestik dijangka terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong terutama perbelanjaan sektor swasta.

“Bagaimanapun, penggunaan domestik dijangka berkembang pada kadar sederhana apabila isi rumah terus menyesuaikan diri dengan kos hidup yang lebih tinggi,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");