Sukan Hari Ini

PKNS FC tak gentar

DIUNDI bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Kumpulan C sedikit pun tidak menghadirkan gerun buat finalis Piala FA 2016, PKNS FC.

Sebaliknya, ia memberikan keyakinan kepada mereka untuk melakukan yang terbaik.

Malah, tidak keterlaluan skuad kendalian E Elavarasan memasang hajat untuk melakukan satu lagi kejutan pada saingan kali ini.

Selain JDT, turut diundi dalam kumpulan itu ialah PDRM dan Perak.

“Walaupun diundi bersama pasukan-pasukan yang kuat daripada saingan Liga Super, ia bukan penghalang buat PKNS untuk melakukan kejutan lebih besar.

“Kami sudah membuktikan kemampuan pada kempen Piala FA lalu dan saya rasa bukan perkara mustahil untuk mencatat satu lagi kejutan pada kempen Piala Malaysia kali ini,” jelas Elavarasan.

Begitu pun katanya, JDT tetap menjadi pilihan untuk menguasai saingan peringkat Kumpulan C nanti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");