Jenayah

Polis Marin PD tumpaskan sindiket rokok seludup

PORT DICKSON – Dua beradik lelaki dan perempuan berusia 44 dan 57 tahun antara yang di tahan Pasukan Polis Marin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dalam serbuan Ops Landai yang dilakukan ke atas dua premis dipercayai terlibat dengan sindiket rokok seludup sekitar jam 9.30pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad berkata, serbuan polis yang dilakukan di dua premis berbeza di Taman Politeknik juga menahan tiga warga asing terdiri daripada seorang wanita Thailand berusia 39, dan dua lelaki Indonesia berusia 29 dan 32 tahun.

“Dalam dua serbuan itu, polis berjaya merampas sejumlah 6,020 paket rokok kontraban dan keretek dengan nilai keseluruhan berjumlah RM57,432.30.

“Polis yakin, rokok berkenaan adalah untuk di jual di pasaran tempatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Bilik Gerakan Polis Marin ?IPD Port Dickson sebentar tadi.

Zainudin berkata, ?siasatan lanjut polis mendapati, ?dokumen perjalanan tiga warga asing berkenaan telah tamat tempoh dan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Dua beradik berkenaan turut akan disiasat di bawah Akta Imigresen kerana melindungi pekerja asing tanpa dokumen sah.

“Barang rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 49 (3) membawa atau menyimpan barangan tanpa isytihar daripada Kastam,” katanya.

Ops Landai diketuai oleh Pegawai Pemerintah Polis Marin Port Dickson, Asisten Superintendan Steel Anak Entai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");