Isu Panas

PRK: Calon bebas kontroversi akan jadi pilihan

SHAH ALAM – Parti politik yang bertanding merebut kerusi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar perlu hati-hati meletakkan calon masing-masing.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, calon parti memainkan peranan penting terhadap pengaruh dan perolehan undi dalam PRK nanti dan jika tersilap langkah, ia hanya menguntungkan lawan.

Pada pendapatnya lagi, pemilihan calon yang lebih matang, mesra rakyat, dan bebas kontroversi lebih membuka peluang kepada parti untuk meraih kerusi.

Kata Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor di sebuah universiti tempatan ini lagi, kelebihan akan berpihak kepada BN sekiranya berlaku pertembungan kerusi antara rakan Pakatan Harapan sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini.

“Faktor calon memainkan peranan penting. Sebelah pakatan pembangkang biasanya akan lebih kritikal dalam soal pemilihan calon.

“Kalau BN calonkan calon tempatan yang mesra rakyat dan tidak ada kontroversi, itu akan menambah kelebihan buat BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak.

Penamaan calon bagi kedua-dua PRK akan diadakan pada 5 Jun, ?pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun manakala hari mengundi pula ditetapkan pada 18 Jun.?

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");