Perak Hari Ini

PRK Kuala Kangsar: Jentera BN Tempatan Akan Dibantu Sepenuhnya

KUALA KANGSAR : Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) pusat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jentera parti tempatan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ujarnya, kunjungan beliau ke Kuala Kangsar pada hari ini adalah untuk meninjau persiapan-persiapan yang diperlukan dalam membantu jentera UMNO dan BN di Kuala Kangsar untuk menghadapi PRK.

“Saya merasa gembira apabila melihat jentera Wanita UMNO seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar telah menunjukkan tahap kesiapsiagaan yang amat tinggi sekali.

“Mereka telah mempunyai susunan yang kemas, mereka mempunyai semangat kerja yang tinggi dan ini memudahkan kita untuk menyusun program dan aktiviti untuk diadakan,”katanya.

PERAKTODAY6

Beliau ditemui selepas majlis tahlil untuk mangsa nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu di mana Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon antara yang terkorban.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar merangkap pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie dan balu kepada Wan Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd Yazid dan anak-anak.

Dalam masa yang sama, Annuar berkata, UMNO-BN sentiasa bersedia untuk menghadapi PRK ini sama ada perlawanan dua penjuru atau tiga penjuru.

“Soal calon-calon lain adalah urusan mereka. kita bersedia sama ada dua penjuru atau tiga penjuru.

PERAKTODAY1

“Tetapi UMNO, waktu ketiadaan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dulu, kita mengambil keputusan untuk meberi kemenangan percuma, saya harap pembangkang juga mempertimbangkan untuk memberi kemenangan percuma kepada BN di sini.

“Kalau itu berlaku, jimat masa, jimat tenaga. Tetapi kalau ditakdirkan ada pertandingan, kita alu-alukan. Kita doakan ia berjalan dalam suasana yang sihat dan baik terutamanya bagi menghormati bulan Ramadhan,”ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar ditetapkan pada 5 Jun 2016 manakala tarikh pengundian adalah pada 18 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");