Perak Hari Ini

PRK Kuala Kangsar: “Kami Akan Sokong Dan Bantu Ibu”

KUALA KANGSAR:”Ini adalah usaha meneruskan legasi dan hasratnya buat warga Kuala Kangsar, begitu ulasan anak sulung kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

Menurut Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar 26, sokongan dan bantuan akan diberikan kepada ibunya bagi menghadapi PRK kali ini.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan tertinggi BN kerana memberi kepercayaan kepada ibu kami bagi menyambung amanah yang telah dipikul oleh arwah bapa kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman calon dan pelancaran jentera PRK Kuala Kangsar di sini, sebentar tadi.

“Insyallah kami akan melakukan apa yang harus dilakukan kami sebagai empat lelakinya dalam membantu  apa yang termampu,” katanya lanjut.

Beliau turut mengakui biarpun keluarga sedang dalam tempoh pemulihan berikutan insiden nahas helikopter yang mengorbankan ayahnya namun perjuangan akan tetap diteruskan.

“Pimpinan tertinggi telah memberikan kepercayaan.Perjuangan perlu diteruskan demi warga Kuala Kangsar yang amat arwah bapa kami cukup cintai,” katanya yang tampil mewakili ibunya untuk menerima watikah pencalonan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datin Mastura Yazid, telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");