Perak Hari Ini

PRK Kuala Kangsar: Parti Komponen Perlu Mula Persiapan Awal

KUALA KANGSAR:Setiap komponen jentera parti Barisan Nasional (BN) disaran supaya mulai melaksanakan persiapan awal dalam menghadapi Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan bahawa pertemuan bersama dengan kelompok pimpinan Barisan Nasional (BN) kerap dijalankan kini bagi memperkukuhkan persiapan awal yang telah dicapai pada pertemuan sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan telah berkongsi beberapa saranan awal  dalam usaha memperkukuhkan jentera dengan harapan setiap komponen seperi MCA dan MIC,Gerakan,PPP serta Friends of BN supaya dapat mulai turut ke akar umbi bagi melaksanakan persiapan awal.

“Taklimat awal turut mendapat maklum balas iaitu mereka telah mengadakan pertemuan awal.

“Kita cuba mendapatkan maklum balas semasa mengenai kedudukan parti di PRK Kuala Kangsar,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa BN Parlimen Kuala Kangsar Bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar (P067) di sini hari ini.

Ulasnya lagi, pemantauan dan pertemuan yang dijalankan secara berterusan adalah perlu bagi memastikan tahap persiapan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak mahu meninggalkan kawasan ini hanya datang sekali- sekala akan dikhuatiri menyebabkan ahli hilang arah bagaimana untuk bekerja

Tambahnya lagi, perjumpaan yang kerap dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti di komponen BN adah begitu mantap dan kuat serta  ianya jelas membuktikan kesemua sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRK pada 18 Jun ini.

“Ini contoh semangat perpaduan yang baik di kalangan semua kepimpinan BN di parlimen Kuala Kangsar

“Matlamatnya adalah untuk memastikan wakil BN akan kekal di Parlimen Kuala Kangsar,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");