Perak Hari Ini

PRK Kuala Kangsar: Tidak Timbul Isu Calon Tempatan Atau Tidak

IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa tidak timbul persoalan mengenai calon tempatan atau tidak bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Ujarnya, bagaimanapun Badan Perhubungan UMNO Perak telah mengambil kira setiap pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk kaji selidik yang dijalankan bagi memilih calon BN yang layak.

“Paling penting calon yang akan dikemukakan oleh BN nanti adalah calon yang diterima, disukai dan berupaya memperoleh kemenangan buat BN.

“Tidak timbul soal calon tempatan atau bukan pada tahap ini kerana kita memfokuskan kepada calon yang diterima, boleh diterima, dikenali, disukai dan akan memberi kemenangan dalam PRK kali ini,” katanya sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh sebentar tadi.

Tambahnya lagi menjadi kewajipan dan disiplin ahli parti apabila seseorang calon diumumkan maka setiap ahli memberi taaat setianya dan sokongan.

“BN tidak akan memilih dan membuat keputusan hanya berdasarkan pilihan individu.

“Ingin saya tegaskan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa akan membuat penilaian berdasarkan kepada timbal balik maklum balas oleh rakyat yang berada di kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, calon yang akan dikemukakan kelak perlu berdasarkan hasil daripada maklum balas akar umbi yang sumbernya dari kawasan tersebut.

Jelasnya lagi, setakat ini perbincangan akan diadakan terlebih dahulu dengan pengerusi BN dengan menggunakan prinsip musyawarah dan akan membuat pengumuman mengenai calon tersebut kelak.

“Segala kemungkinan pertembungan apa pun BN bersedia dengan sebarang suasana sedemikian malah PRK pada bulan puasa bukan perkara yang baharu..kita pernah mengalaminya sebelum ini,” katanya lagi.

1 (10)

Terdahulu beliau turut mengumumkan perlantikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie sebagai Pemangku Ketua Bahagian Kuala Kangsar dan beliau telah menerima surat perlantikan berhubung perkara tersebut.

“Harap beliau dapat menjalankan tugas beliau dengan sebaik mungkin bagi meneruskan menyambung legasi yang ditinggalkan oleh mantan ketua bahagian Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");