Panasnya Hari Ini

PRK: Medan Rakyat Beri Isyarat Kepada Najib – Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini menegaskan bahawa penolakan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sangat penting untuk memberi isyarat bahawa rakyat sudah tidak mempercayai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut menyifatkan PRK yang diadakan kali ini sangat bermakna untuk menunjukkan kuasa rakyat yang mampu membentuk satu lanskap baharu dalam arena politik negara.

“Negara dan rakyat meletakan pengharapan besar kepada pengundi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas nama demi Malaysia untuk menolak calon Najib dari UMNO/BN yang akan bertanding dalam PRK pada 18 Jun ini.

“Bagaimana dan siapa perlu dipilih itu adalah kebijaksanaan pengundi yang memilih. PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah ibarat satu medan peperangan antara rakyat dan Najib,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Free Malaysia Today.

Mahfuz juga turut menegaskan bahawa rakyat perlu menolak BN berikutan calon daripada parti itu tentunya akan mempertahankan dasar kerajaan dan skandal 1MDB yang membebankan rakyat.

Ujarnya, siapa pun calon UMNO atau BN, mereka adalah pencacai dan penjilat Najib yang akan menentang kuasa rakyat.

“Calon Najib akan terus pertahan dan lindungi Najib bukannya lindungi rakyat dan pertahankan negara.

“Calon Najib akan tetap pertahan Najib, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), tol , rasuah, penyelewengan , salah guna kuasa dan sebagainya. Calon Najib akan pertahankan RM2.6 bilion dan RM42 juta dalam akaun peribadi Najib itu tak salah.

“Calon Najib akan pertahankan Najib dan 1MDB bukan sindiket penipuan walaupun negara dan rakyat atas nama 1MDB kehilangan wang berpuluh bilion ringgit Malaysia,” tegasnya lagi.

Terdahulu, kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas pesawat di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK bagi kedua-dua Parlimen berkenaan diadakan serentak pada 18 Jun 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");