Panasnya Hari Ini

PRK Peluang AMANAH ‘Promosi’ Parti

KUALA LUMPUR : Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, penyertaan parti itu dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah untuk memperkenalkan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ujarnya, sebelum ini parti itu gagal untuk mendapat sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu dalam usaha mendedahkan kewujudan Pakatan Harapan dan AMANAH serta fungsinya.

“Jadi kami (AMANAH) ambil keputusan bertanding di kedua-dua PRK tersebut bagi memperkenalkan AMANAH, seterusnya Pakatan Harapan kepada masyarakat sebelum PRU14,”ujarnya, memetik laporan Sinar Harian.

Khalid berkata, kedua-dua PRK itu adalah langkah terbaik dalam usaha memperkenalkan AMANAH memandangkan masih ramai rakyat tidak tahu tentang kewujudan parti itu.

“Melalui tinjauan, ramai yang tak tahu adanya AMANAH dan PAS berpecah. Malah ada yang ingat Mat Sabu (Presiden AMANAH) masih bersama PAS,”ujarnya.

Tambahnya lagi, parti itu tidak akan berkecil hati sekiranya PKR mahu ‘duduk’ sahaja dan tidak membantu parti itu.

Terdahulu, AMANAH akan mengumumkan calon bagi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Rabu sebelum hari penamaan calon pada 5 Jun.

AMANAH ditubuhkan oleh Mohamad Sabu bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS selepas disingkirkan pada muktamar PAS yang menyaksikan PAS dikuasai oleh pemimpin pro-ulama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");