Panasnya Hari Ini

PRK Sungai Besar: PAS Selangor Tetap Bertanding

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyatakan pendirian bahawa pihaknya tetap akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ketua Penerangannya, Mohd Prasad Hanif berkata, Parlimen Sungai Besar adalah kerusi PAS dan di situlah parti itu telah berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sejak berdekad lamanya.

“PAS Sungai Besar dengan kekuatan 40 cawangannya disertai dengan kekuatan jentera dari seluruh negeri telah bersedia untuk menumbangkan BN.

“Walau sesiapa pun meletakkan calon melawan PAS, PAS Selangor akan terus mara,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PRK Parlimen Sungai Besar juga akan mendedahkan siapa lawan dan kawan kepada parti itu.

“PRK ini akan meletakkan batu asas pertandingan di dalam PRU14. Sikap DAP terhadap melayu dan Islam akan terlihat dan kawan serta lawan di dalam PKR juga akan zahir,” tegasnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa pihak telah mengajak PAS kembali ke meja rundingan dan ada juga yang mengajak kembali ke Pakatan Harapan.

“PAS Selangor ingin menegaskan beberapa perkara iaitu PAS tidak akan kembali ke Pakatan Harapan kerana PAS tidak pernah berada di dalam Pakatan Harapan. PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat dan masih bertahaluf siyasi bersama PKR,” katanya.

Tambahnya, PAS Selangor ingin melihat keikhlasan pada tindakan, bukan sekadar ucapan politik dan retorik.

“Sekiranya pelawaan rundingan tersebut ikhlas, maka pihak-pihak tersebut perlu membuktikannya,” jelasnya.

Terdahulu, SPR telah menetapkan bahawa tarikh pengundian bagi PRK Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun 2016.

PRK berkenaan diadakan selepas penyandang bagi kedua-dua parlimen tersebut, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad terkorban dalam nahas pesawat di Sarawak minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");