Panasnya Hari Ini

PRK: Tiada Sebarang Kenyataan Akan Dikeluarkan PAS

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS telah diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau PRK Kuala Kangsar sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, arahan tersebut telah dibuat menerusi mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat malam tadi.

“Oleh yang demikian PAS Selangor menganggap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pimpinan PAS adalah kenyataan peribadi mereka yang tidak ada kena mengena dengan PAS atau PAS Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor berkata, pihaknya menghormati keputusan tersebut dan akan mengarahkan pimpinan dan ahli-ahlinya mematuhi arahan berkenaan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh mengundi bagi PRK Parlimen Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK di Parlimen Kuala Kangsar iaitu pada 18 Jun 2016 .

PRK bagi kedua-dua Parlimen tersebut diadakan berikutan penyadangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad telah terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada minggu lalu.

Turut terkorban dalam nahas tersebut termasuklah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");