Perak Hari Ini

Raja Zarith Sofiah Rasmi MELTA International Conference 2016

IPOH : Permaisuri Johor yang juga selaku Penaung DiRaja Malaysian English Language Teaching Association (MELTA), Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan untuk berangkat merasmikan persidangan MELTA 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Presiden MELTA, Profesor Dr S Ganakumaran, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Shahrul Zaman dalam sidang medianya berkata, penganjuran MELTA yang julung kali diadakan di Perak ini boleh menjadi satu titik tolak kepada golongan pengajar khususnya dalam pendidikan Bahasa Inggeris di Perak.

“Kita harap guru-guru di Perak dapat mengambil peluang ini untuk melonjakkan diri mereka supaya mereka dapat menncapai tahap yang lebih tinggi dalam pembangunan pengajaran dan pendidikan Bahasa Inggeris,”katanya.

Ujarnya lagi, menerusi program Melt-A-Heart yang dianjurkan oleh MELTA, kerajaan negeri melihat usaha ini perlu diteruskan.

PERAKTODAY1 (7)

“Program Melt-A-Heart ini melibatkan lima buah sekolah di kawasan luar bandar yang dibantu dari segi alat pengajaran pendidikan Bahasa Inggeris seperti buku-buku yang disumbangkan oleh pihak syarikat dan individu.

“Kita mengharapkan agar usaha ini tidak berhenti pada lima buah sekolah sahaja. Kerajaan negeri, menerusi KPerak akan bekerjasama dengan MELTA untuk memastikan usaha ini berterusan,”ujarnya.

 

Sementara itu, Dr Ganakumaran berkata, sebanyak hampir 25 buah negara menyertai persidangan yang memasuki tahun ke-25 dianjurkan.

Antara negara yang menyertai persidangan pada kali ini ialah Thailand, Indonesia, Bangladesh, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Poland dan Singapura.

“Dari segi pendidikan, kami berharap ini adalah langkah pertama di mana MELTA akan terlibat dalam meningkatkan taraf pendidikan Bahasa Inggeris di Perak dan kami akan mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya selepas ini.

“Melalui persidangan ini juga, kami akan melancarkan pertubuhan MELTA Cawangan negeri Perak dan jawatankuasa telah dibentuk. Kami ingin menjemput guru-guru Bahasa Inggeris di negeri ini untuk menyertai cawangan ini supaya dapat bersama-sama kita meningkatkan pendidikan Bahasa Inggeris,”ujarnya.

PERAKTODAY (7)

Terdahulu, Raja Zarih Sofiah turut menyampaikan Raja Zarith Sofiah Award for Corporate Social Responsibility in English Language Education kepada New Straits Times Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");