Sukan Hari Ini

Real enggan putih mata

JUARA 10 kali, Real Madrid mahu menambah koleksi kejuaraan mereka apabila berdepan musuh setempat, Atletico Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, awal pagi ini.

Aksi final berlangsung di Stadium San Siro, jam 2.45 pagi ini (waktu tempatan).

Bagi Gareth Bale, dia menegaskan Real perlu memastikan Atletico tidak mendapat gol pendahuluan kerana jika perkara itu berlaku, lawan dijangka mengamalkan taktik bertahan sepanjang 90 minit.

Kebimbangan Bale itu ada asasnya kerana statik menunjukkan sepanjang 38 perlawanan di La Liga, skuad kendalian Diego Simeone hanya bolos 18 kali.

Manakala di peringkat Liga Juara-Juara, Atletico sekadar melepaskan tujuh gol daripada 12 pertandingan.

“Kami harus pastikan mereka tidak menjaringkan gol awal. Jika mereka mendahului, mereka akan pimpin permainan dengan cara bertahan.

“Situasi ini sudah tentu menyukarkan kami. Kami juga harus waspada dengan serangan mereka.

“Antoine Griezmann dan Fernando Torres tidak boleh dibiarkan bergerak bebas,” katanya.

Rekod buruk di San Siro

Venue perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Stadium San Siro bukan gelanggang keramat buat Real Madrid.

Ini kerana, dalam 14 penampilan di stadium itu, Real tidak pernah mencatat sebarang kemenangan baik berdepan AC Milan mahupun Inter Milan.

Sebelum ini, Los Blancos pernah beraksi di San Siro dalam pertandingan Liga Juara-Juara, Piala Uefa dan Piala Antara Juara.

Kekalahan terburuk Real di San Siro adalah pada saingan Eropah apabila dimalukan 0-5 di tangan AC Milan pada 1989.

“Saya tidak tahu sejarah buruk Real di San Siro. Itu semua tidak penting kerana ia sudah berlalu,” kata Bale.

Tiada istilah balas dendam

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone enggan menjadikan kekalahan kepada Real Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, dua tahun lalu sebagai modal membalas dendam pada perlawanan akhir kali ini.

Menurutnya, perkara itu sudah berlalu dan pertembungan awal pagi esok merupakan kesempatan baru untuk mereka menebus kekalahan itu sekali gus menjadi juara.

“Balas dendam adalah perkataan negatif kerana ia mengingatkan kami kepada kekalahan dua tahun lalu.

“Sebaliknya istilah paling tepat bagi merujuk kepada situasi ini adalah keyakinan dan kepercayaan diri pemain-pemain Atletico,” katanya.

Tambahnya, mereka mahu beraksi dengan semangat juang tinggi tanpa diulit perasaan balas dendam.

“Apa pun, skuad kali ini adalah berbeza berbanding skuad 2014. Kali ini lebih matang, lebih berpengalaman,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");