Sukan Hari Ini

Red Devils wajib benam Hammers

London: Manchester United mempunyai harapan cerah meraih tiket ke Liga Juara-Juara ketika bersiap sedia berdepan West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Keputusan seri 2-2 antara Manchester City dan Arsenal kelmarin bermakna United boleh memintas pencabar setempat untuk menduduki empat tangga teratas jika berjaya menewaskan West Ham dan cemerlang di laman sendiri ketika menentang Bournemouth Ahad ini.

Ia disusuli final Piala FA menentang Crystal Palace dan ia segera menceriakan kembali Louis van Gaal namun dengan West Ham beraksi dalam perlawanan terakhir di kubu kuat mereka Boleyn Ground, United dijangka berdepan lawan yang mempunyai semangat tinggi.

Bercakap sebelum perlawanan City dan Arsenal, Van Gaal berkata: “Ia masih amat sukar.

“Kini kami perlu bermain di tempat lawan di West Ham dan kami sudah pun melihat pada suku akhir Piala FA (United menang 2-1) ia bukan sesuatu yang mudah. Jadi kami perlu mengulangi perlawanan untuk menang.

“West Ham pasukan yang amat bagus, mereka tidak berada di tangga enam teratas secara kebetulan. Kami bernasib baik dalam saingan piala itu.

“Saya fikir kami berhak menang, namun kami bernasib baik gol West Ham tidak diterima pengadil pada minit terakhir.”

Marcus Rashford menjadi inspirasi United dalam kunjungan terakhir mereka ke Boleyn Ground April lalu, membuka jaringan dengan gerakan solo dan penyerang berusia 18 tahun itu dijangka kembali menyertai kesebelasan utama selepas direhatkan ketika menang 1-0 ke atas Norwich City. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");